Header Ads

Jangan Terlalu berbanga dan gembira dengan kejayaan kita sekarang , perjalanan masih jauh




Kini suasana bola sepak malaysia di lihat cukup meriah dengan peningkatan pasukan kebangsaan pada kelayakan puala dunia 2022 yang mampu memberi saingan kepada pasukan-pasukan lawan . 2 Kemenangan berturut-turut menentang Thailand dan indonesia menjadi cerita di sana sini . di media sosial di youtube malah di kedai mamak. 

Tapi , Jangan pernah lupa dan leka . Kita masih jauh untuk keluar dari 'kepompong' yang ada sekarang . Mutu yang di tunjukkan terutama oleh pemain muda negara amat menggalakkan . Tapi apa pun lupa kan kegembiraan ini selepas puas bersoarak kerana musuh pasti tidak akan diam sahaja dengan pasukan kita . Mereka pasti akan cuba perbaiki apa yang mereka rasa perlu di perbaiki , jika kita lena takut nanti pasukan malaysia kembali ke takuk lama . Penyokong kembali dengan aura negatif .

Sebenarnya kita baru dalam fasa permulaan revelusi bola sepak negara , kejayaan permulaan yang boleh di jadikan tonik untuk pasukan dan pemain untuk terus yakin dan melangkah lebih jauh . Tapi lagi jauh kita melangkah dan lagi jauh kita mendaki , lagi dalam jurang dan dugaan yang harus kita tempuhi .  

Di harap pemain , FAM dan peminat malaysia tidak lupa akan itu . Jangan di buai kejayaan lalu hingga hilang focus dan useha di masa akan datang . Kita tidak seharusnya mengejik atau meremihkan lawan lain , kita harus terus focus memperbaiki kelemahan dan meneguhkan pasukan lebih baik dari mencela lawan yang sudah di tewaskan .  hari ini kita OK esok-esok belum tentu lagi jika useha dan matlamat tidak di teruskan . Kita perlukan 20 pemain terbaik dan bukan seorang atau dua. Kerana dalam bola sepak , pemain yang sedang dalam prestasi baik belum tentu mampu bertahan kerana banyak faktor luaran yang boleh menjadi penghalang . Salah satunya adalah kes kecedraan yang boleh membunuh terus karaktor dan mutu pemain .

Langkah FAM merehatkan safawi untuk tidak bermain pada temasya sukan sea akan datang aku lihat sebagai langkah bijak supaya pemain ini mampu memulihkan kembali kekuatan fizikal nya dan supaya mengelak dari berlakunya kecedraan yang tak mampu di jangka pada pelawanan sukan sea nanti . Amat rugi sebab terlalu kejarkan sukan sea kita leburkan peluang dan cabaran lebih besar di kelayakan piala dunia/asia . Malah dengan merehatkan beliau juga peluang untuk memberi peluang ubi baru menyerlah dapat di laksanakan .. Misi kita mencari 20 pemain terbaik untuk bermain untuk pasukan negara , jadi medan sukan sea itu lah satu platform yang amat baik untuk menyerlahkan bakat ubi-ubi baru malaysia. Kita sudah nampak kemampuan dan keupayaan safawi , kita perlu lebih focus mencari Pencabar dan Partner beliau di masa akan datang .. MISI kita BUKAN melahirkan seorang jaguh , kerana dalam bola sepak moden , kekuatan pasukan lebih penting dari keupayan Individu .

kepada penyokong ,teruskan datang ke stadium untuk bersorak untuk negara dan PASTIKAN anda pelepaskan aura positif kepada pemain .. Jangan maki lawan focus kita memberi kekuatan kepada pemain kita . Memaki lawan seolah melepaskan aura negatif . silap hari bulan pihak lawan yang makin bersemangat kerana kejian membuatkan mereka lebih bertekat untuk mengalahkan kita.


ultras solo
putrajaya 23/11/2019



Tiada ulasan