Header Ads

Misi piala dunia dan Asia bermula 2020



Kelayakan piala Asia u23 telah pun menunjukan hasil nya di mana Malaysia gagal untuk ke pertandingan akhir di Thailand. Tapi itu bukan lah titik penamat untuk bola sepak Malaysia dan pemain-pemain. Walaupun misi u23 harimau muda gagal tetapi bersaing dengan kuasa bola sepak Asia seperti China, Korea Selatan dan jepun di pelawanan u23 Asia menunjukan peningkatan yang baik buat pemain Malaysia.

Namun di sini timbul pula persoalan, ke mana hala tuju pemain  muda ini? Adakah formula lama masih ingin di kekalkan dengan alasan mereka tidak cukup pengalaman ataupun serap mereka yang berpotensi ke dalam pasukan utama Malaysia?  Sukar kan ingin memilih antara pengalaman dan tenaga muda. Tapi kalau di lihat dalam dunia, kebanyakan pasukan pasti akan mencari pemain muda yag berbakat  malah nilai mereka lebih tinggi berbanding pemain tua yang sudah terkenal. Ada yg berfikir mereka bodoh ke apa habiskan duit pada pemain muda.. Itu adalah pemikiran singkat orang yang tidak tahu isu teknikal sebenarnya dalam bola sepak.

Lagi sekali aku ingin ulangi, bola sepak adalah permainan fizikal, sehebat mana pun anda, skill bagaimana pun anda tapi jika pancit atau tidak cukup keupayaan fizikal bermain selama 90 minit maka kerjaya anda pasti akan tamat dan terkubur. Maka, memilih pemain muda ke pasukan utama pastinya satu pelaburan yang menguntungkan kerana mereka bukan sahaja masih kuat, malah ada nilai masa boleh bermain lebih lama.

Apa pun, kita sama-sama tunggu misi piala Asia dan dunia bermula tahun ini.

Tiada ulasan