Header Ads

Orang lama hanya tahu bising , Apa anda buat ?



Terdapat pemain-pemain lama kini gembira sanggat mengkritik pasukan kebangsaan dan FAM yang bagi mereka tidak setanding semasa mereka bermain dahulu , tetapi dalam pada masa yang saya aku nak tanya pula pada mereka apa pula mereka buat selepas bersara ? adakah mereka berkongsi pengalaman mereka ? mereka memberikan sumbangan dalam membangunkan bola sepak di peringkat akar umbi seperti di sekolah , kampung-kampung dan taman-taman ? atau mereka sebuk memikirkan jawatan untuk mereka sandang di peringkat negeri atau kebangsaan sahaja?

ini mereka perlu jawab sendiri lah , yang pasti kebanyakan mereka aku lihat banyak pandai "membebel" sahaja tetapi tak turun padang bantu "mencipta bakat" . Sepengalaman aku bermai hoki , kebanyakan bekas pemain kebangsaan mereka terlibat dalam pembangunan akar umbi di peringkat-peringkat bawahanan juga . dari sekolah hinggalah ke belia kampung  , mereka hadir mencari dan membentuk bakat baru .

tidak  bola sepak , memandangkan sukan ini amat popular maka , untuk mencari pemain tidaklah sukar tetapi kebanyakan di peringkat akar umbi di naungi oleh mereka yang tidak pengalaman di peringkat antarabangsa dan kebangsaan . malah Ilmu mereka hanya setaraf pemain kampung sahaja . Jika si pencari dan pengajar bakal pemain muda adalah orang yang tidak mempunyai asas yg baik dalam sukan bola sepak , bagaimana nak menghasilkan pemain-pemain berkualiti di peringkat lebih tinggi nanti ? asas bola sepak amat lemah .

pengalaman aku sendiri , kebanyakan di peringkat ini apabila pemilihan di buat untuk sesuatu pasukan , pemain yang di cari adalah yang "berbakat" sedangkan untuk mencari pemain yang mempunyi  bakat semulajadi bukan lah mudah dan tidak ramai yang memilikinya . kebanyakan bakat yang terhasil adalah hasil didikan dan dibentuk oleh mereka-mereka yang berpengalaman tinggi.

Sekarang ... siapa yang salah ????? semua perlu bekerja baru nampak hasil dan bukan hanya pandai sembang kedai kopi memburukan satu sama lain . Sampai bila-bila bola sepak malaysia tak ke mana .

Tiada ulasan