Header Ads

Kelayakan Piala Dunia Dan Asia 2017 , Faktor fizikal menjadi punca utama




Kelayakan piala Asia menunjukan malaysia masih belum mampu pergi lebih jauh dari apa yang ada sekarang . Selain mengunakan pemain yang hampir sama , kita juga tewas dari segi fizikal tubuh pemain yang rata-rata tidak setanding dengan pasukan dari timur tengah dan asia timur . yang mana mereka memilih pemain yang mempunyai susuk tubuh badan yang tinggi dan besar .

Jika di lihat kepada senarai pemain hong kong pula , di lihat mereka kini memilih mengambil pemain import yang di netrsasikan untuk bermain untuk pasukan kebangsaan . Ternyata kita tewas walaupun kita semua tahu pasukan hong kong sebelum ini setaraf sahaja dengan pasukan malaysia.

kini fokus utama FAM adalah mengambil pemain baru yang mempunyai susuk tubuh antarabangsa berserta skill pemainan yang baik juga . Pemain-pemain muda yang mempunyai ciri-ciri ini harus di beri peluang . Jika terus di hantar senarai yang sama , pasti hasilnya juga akan sama , sebaiknya bina pasukan baru yang lebih mantap dari sekarang dengan pemain-pemain baru dari pasukan bawah 22 dan 19 yang jika di beri peluang lebih awal mungkin mereka mampu memberi hasil yang lebih baik .

jika dah tahu formula lama tak berjaya kenapa tak cuba formula baru ? jika takut berumah maka perubahan tak akan berlaku.

Tiada ulasan