Header Ads

Jika sayang pasukan anda buat perkara ini



Kini liga Malaysia bagi tahu 2017 akan bermula tak lama lagi.  Namun beberapa pasukan besar kini di lihat dalam situasi genting kerana mengalami masalah kewangan yang kronik.  Jika ianya tidak dapat di selesaikan dalam jangka masa yang di tetapkan.  Pastinya pasukan terbabit terpaksa menarik diri dari persada liga m tahun 2017. Yang malangnya lagi jika mereka ingin menyertai pada tahun berikutnya maka liga fam lah layaknya bagi mereka.
Kenapa masalah ini berlaku?  Adakah salah pengurusan atau salah penyokong?  Di sini kita boleh lihat betapa pentingnya kerjasama antara kelab/persatuan dan penyokong.  Sumber kelab dari penajaan sukar di cari jika tiada wujud peluang dagangan oleh penaja.  Nak mengharapkan dana kerajaan semata-mata?  Sampai bila.  Era penswastaan perlu menjadi kan pasukan lebih berdaya saing dan mampu menjana pendapatan tetapi ianya amat sukar di Malaysia.
Sebagai penyokong apa yang harus anda lakukan? Adakah cukup dengan hanya sekadar mengkritik pasukan dan pengurusan sewaktu pasukan tewas
?
- anda kata anda penyokong setia tetapi tidak turun ke stadium memberi sokongan
-anda kata anda penyokong utama tetapi anda jual dan beli barangan dan cenderahati cetak rompak yang mengunakan logo pasukan dan kelab
So sebenarnya anda penyokong setia atau sama-sama merosakkan pasukan dan arena bola sepak negara?  Anda kata fam bangsat apa kurangnya dengan anda semua?  Tepuk dada tanya diri sendiri..

Tiada ulasan