Header Ads

Liga dan pertandingan banyak pemain tiada

Sering kita dengar keluhan jurulatih dan fam tentang ketiadaan pemain yang layak untuk bermain pasukan utama kebangsaan namun jika di lihat dari segi infrastruktur dan liga serta pertandingan di malaysia.  Kita mempunyai banyak liga dan pertandingan. Apakah silapnya sehingga liga-liga ini dan piala itu tidak mampu melahirkan bakat yang mempunyai kualiti dan keupayaan untuk bermain pada perlawanan antarabangsa?  Jika di lihat pula dari segi keupayaan, kebanyakan pasukan mempunyai kekuatan yang setara walaupun tak di barisan pemain berpengalaman dan berstatus bintang.  Yang peliknya apabila panggilan pasukan kebangsaan,  pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik masih di panggil untuk pemilihan atas faktor reputasi lama dan pengalaman mereka. 
Dalam sukan bola sepak, pengalaman sahaja tidak mencukupi jika keupayaan sebenar mereka telah lama jatuh.  Malah pemain yang pernah menjadi pemain terbaik dunia pun telah di ketepikan oleh pasukan negara mereka atas faktor status persembahan semasa yang teruk menyebabkan mereka di gugurkan.  Berlainan pula di Malaysia, Fam dan jurulatih kebangsaan sering merungut akan ketiadaan pemain yang berkelayakan dan berpengalaman.  Di mana silapnya?  Kita ada liga dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat negara.  Tetapi pemain kebangsaan yg di ambil kebanyakan adalah dari pasukan elit ciptaan fam.  Adakah liga kita tidak berkualiti atau fam masih mengamalkan sikap 'pemain istimewa'  sahaja yg layak untuk menyarung jersi kebangsaan?  Jadi apa guna liga-liga dan pertandingan di Malaysia jika pemilihan di peringkat ini di ketepikan dan hanya di utamakan pasukan elit fam? 

Tiada ulasan