Header Ads

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya

Bersambung dengan point pembangunan peringkat akar umbi dan penerapan pemain muda ke dalam pasukan utama negara.  Kita masih dengan tran takut mengetengahkan tenaga muda baru kononnya atas faktor pengalaman.  Bak kata kawan aku,  kalau tak di cuba bagaimana mereka nak dapatkan pengalaman?  Lebih baik gagal mencuba dari gagal sebab tak buat apa apa dan mengulangi kesilapan yang sama.  Kita lihat bagaimana pasukan Thailand yang sebenarnya setaraf dengan kita malah pasukan yang tewas dalam sukan sea dengan pemain  muda negara tetapi kini Mereka akan berentap ke perlawanan kelayakan zon Asia piala dunia.  Mana perginya pemain muda yg dulu telah menewaskan mereka?  Akibat lambat di serap kan ke pasukan utama maka kita telah gagal mengukuhkan lagi pengalaman mereka. 

Sekarang baru kita sedar yang ada sesuatu yang tidak kena dengan ekosistem pembangunan pemain bola sepak Malaysia.  Lambat dan selesa dengan apa yang ada tanpa mencuba perkara baru menjatuhkan kembali apa yang telah di usahakan.  Di sinilah kita dapat lihat bahawa betapa gagal nya fam dalam merancang duit dah banyak habis tetapi hasilnya teruk sekali.  Malah komen pedas LTK juga di lihat seperti tiada apa maknanya. 

Bosan nak cerita benda yang sama namun fam tidak pernah bosan merosakkan maruah bola sepak negara...

Tiada ulasan