Header Ads

Pengurusan Keselamatan Stadium Di England

Menurut pengurus keselamatan stadium Chris Whalley yang menguruskan keselamatan bagi FA di negara itu , pengurusan dan keselamata stadium amat penting untuk di tangani oleh persatuan dan kelab-kelab yang bertanding  , Di England mereka telah melakukan transformasi bagi memastika isu-isu keselamatan stadium yang pernah berlaku di negara itu supaya tidak berulang .

Liga perdana Inggris disiarkan ke seluruh dunia , Kehadiran penyokong adalah amat penting bagi memajukan dan menjadikan suasana perlawanan dan pertandingan lebih meriah dan berjaya di dalam stadium . Tetapi ianya tidak sentiasa berlaku seperti itu , Pada 3 dekat yang lalu  EPL dibelengu oleh masalah kekacauan penonton  dan kelemahan pengurusan keselamatan stadium . Pada tahun 1980 an terdapat dua kecelakaan telah berlaku pada stadium di UK. Pihak kerajaan telah membuat semakan semula terhadap perkara ini dan telah membuat transformasi dengan memperkenalkan sistem baru di dalam pengurusan keselamatan stadium dan penonton.

Sebelum meneruskan artikel ini , kita melihat dulu kejadian- kejadian yang pernah berlaku sekitar tahun 1970an hingga 1980 an di sana. antara kes-kes yang terjadi adalah di mana pergaduhan antara penyokong . Pada tahun 1960 an  tiada sekatan dan pembahagian antara penyokong di buat menebabkan perkara pergaduhan sering berlaku. Selepas itu pada tahun 1974 , mereka telah memperkenalkan pagar keselamatan yang mengasingkan penyokong .

Pada tahun 1985 , kejadian stadium Bradford City FC terbakar yang di sebabkan oleh puntung rokok dan mancis .








Pada tahun 1989 , Satu tragedi  telah berlaku di  Hillsborough Stadium di  Sheffield  di mana kemasukan penonton yang tidak terkawal telah menyebabkan kematian seramai 98 penonton akibat tolak menolak dan pertembungan berlaku antara mereka.

Daripada dua kejadian ini , kerajaan england telah mengwujudkan satu jawatankuasa penyasatan dan jawatankuasa tersebut telah merumuskan 76 cadangan penambah baikan yang perlu di lakukan oleh pihak kelab .

Garis panduan baru telah di perkenalkan dan diwajibkan kepada setiap kelab untuk mematuhi  garis panduan ini. Pihak berkuasa tempatan / pihak kerajaan (polis,bomba )  akan mengeluarkan kepada kelab satu sijil pengesahan "Green Guide"  di mana pemantauan akan di buat oleh pihak kerajaan terhadap semua stadium milik kelab .

Pihak berkuasa dipertangungjawabkan memastikan kesemua pra syarat dalam garis panduan itu dipatuhi oleh kelab-kelab bola sepak seluruh england . Pihak berkuasa akan menjadi ahli lembaga keselamatan bersama pegawai kelab dan stadium yang akan bersidang pada setiap bulan atau di pangil pada setiap sebelum sesebuah perlawanan di adakan .

Sebahagian daripada peraturan  sijil keselamatan, setiap kelab perlu ikuti adalah:

- Pegawai Keselamatan yang ditetapkan, yang bertanggungjawab ke atas operasi pengurusan keselamatan di stadium pada hari perlawanan;

- petugas terlatih dengan standard yang diiktiraf di peringkat kebangsaan-;

- Satu sistem berkomputer pintu putar pengiraan, merakam setiap penonton masuk melalui setiap pintu putar dan segera mendaftar sama pada paparan monitor di dalam bilik kawalan stadium. Melalui kaedah ini, Keselamatan Pegawai boleh melihat pada bila-bila jumlah sebenar penonton di setiap kawasan dari bawah. Penggera mungkin kedengaran pada monitor apabila kawasan mencapai
peratusan yang ditentukan daripada kapasitinya dibenarkan.

- televisyen litar tertutup (CCTV) yang meliputi bidang utama dari tanah;

- Satu bilik kawalan stadium dengan sambungan komunikasi radio untuk steward
penyelia dan polis, monitor paparan CCTV, akses kepada kawasan awam
sistem dan skrin paparan disambung dengan pintu pagar dengan  pengiraan sistem berkomputer
.

Pengurusan kelab adalah dipertangungjawabkan untuk memberi latihan kepada petugas keselamatan stadium . 10 tugas asas petugas keselamatan stadium adalah .

1. Untuk memastikan kesihatan dan keselamatan penonton serta kebajikan penonton , rakan sekerja dan diri mereka sendiri.

2. Melakukan pemeriksaan keselamatan











3. Mengawal laluan masuk dan keluar penonton di tempat duduk dan kawasan pejalan kaki. Membantu dan menguruskan laluan bagi memudahkan aliran penonton.

4. Untuk membantu operasi keselamatan di peringkat bawah dan bukan hanya melihat sahaja .

5. Kepada pegawai keselamatan yang menjaga pintu masuk , pintu keluar dan kawasan-kawasan strtigik lain , pastikan pintu dibuka bila perlu dan keselamatan keluar masuk .

6. untuk mengenali keadaan orang ramai bagi memastikan keadaan selamat bagi penonton dan mencegah kesesakan, terutamanya di teres atau cerun.

7.bagi membantu perkhidmatan kecemasan seperti yang dikehendaki

8. untuk menyediakan asas pertolongan cemas kecemasan;

9. untuk bertindak balas kepada kecemasan (seperti peringkat awal api); untuk meningkatkan
penggera dan mengambil tindakan segera yang perlu;

10. untuk menjalankan tugas-tugas dalam keadaan kecemasan atau sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai  keselamatan atau pegawai perkhidmatan kecemasan yang lain.


Pada kebiasaanya , pegawai khas keselamatan ini adalah dalam 1000 orang bagi stadium yang besar , 500 orang bagi stadium yang serdahana dan 100 orang bagi yang kecil atau jumlah penonton yang kecil.







Sumber :-

Chris Whalley Senior Manager, Stadia Safety & Security The Football Association

http://www.thefa.com

1 ulasan

Mazlan berkata...

Rasanya sudah sampai masa soal keselamatan stadium diberi perhatian serius.