Header Ads

Piala Asia (Malaysia vs china)

Piala Asia 2007.
Pelawanan Pertama (malaysia Vs china)

Selamat datang ke blog bola-malaysia, Blog nie hanyalah pendapat aku dan hujah aku mengenai pasukan bola sepak malaysia .

Hari ini 10/7/2007 , Perlawanan pertama bagi malaysia . Aku begitu teruja untuk melihat aksi pertama negara. Walaupun selalunya pasukan ini akan menghampakan aku namun atas semangat petrotik kepada negara aku tetap bersemangat. Kalau kalah atau menang pun memang tak ada kesan apa-apa pun pada aku kan, cuma itulah dinamakan minat dan sokongan. Memang aku terlalu kecewa dengan pasukan bola sepak malaysia nie, Mereka inginkan sokongan kami dan kami datang , namun apa bila kami bersemangat menyokong . Pemain seolah-olah tak mengambil langsung sokongan kami sebagai pembakar semangat. Adakah laungan kami hanya sekadar penyeri perlawanan atau untuk tujuan suka-suka ?

Aku memang tak sabar-sabar nak menyaksikan pelawanan pasukan malaysia dengan harapan mereka membawa perubahan pada cara dan matlamat pemainan mereka. Selepas balik dari kerja . Aku bergegas siap dengan semangat membara , mencari baju dan bendera malaysia untuk dibawa bersama ke stadium. Seawal 6 petang aku telah tercongok di pintu stadium dan membeli ticket bagi pelawanan ini. Lama jugak nak tunggu tu 6-830 ada la dalam 2 jam setenggah . Nasib baik la keadaan di luar terdapat permainan percuma yang di buat oleh penaja, maka dapatlah menghilangkan kebosanan aku untuk menungu perlawanan itu nanti. Dalam hati memang tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini.

Setelah Pintu di buka aku mengambil tempat, mencari tempat yang stratigi , sudah tentu di tengah-tengah padang bersama kelab penyokong malaysia yang baru sahaja ditubuhkan . Semasa pasukan negara memasuki padang kami semua bersorak walau pun bilangan penyokong ketika itu masih belum ramai dan penuh.

Hampur 18 ribu penyokong , kebanyakannya penyokong malaysia hadir. Sebagai tuan rumah sudah semestinya aku mengambil kesempatan ini untuk menyaksikan pemain-pemain terbaik asia beraksi. Dan dengan doa dan harapan mengunung agar pasukan negara akan mencapai kemenangan sekali gus membuat kejutan. Tepat pukul 8.35 , Perlawanan pun bermula. Pasukan negara memulakan perlawanan. Tetapi amat mudah di curi oleh pemain China. Adus , bosannya selalu macam ini gayanya pemainan malaysia. Walapun ada kalanya cuba membuat serangan , namun serangan yang dilakukan seolah-olah tiada matlamat dan sasaran. Pemain tidak dapat membaca pergerakan kawan dan lawan , dan yang paling menghampakan kawalan bola selalu di luar kawalan .

Pemainan banyak dikuasi oleh pasukan lawan, mungkin tak dapat dinafikan tubuh mereka adalah lebuh besar berbanding pemain malaysia , namun itu bukanlah alasan bagi mereka mengaku kalah sebelum berjuang. Kebanyakan bola tinggi adalah kepunyaan lawan. Pemain negara banyak kehilangan bola tanpa sebab . Semua bola senang , pasukan lawan walaupun nampak bersahaja namun kawalan bolah adalah teratur dan segala gerak pemain mereka dapat dibaca oleh pemain lain. Kenapa malaysia masih tak nampak akan kelemahan ini sejak dulu lagi dan mengubah pemainan mereka ? . Selepas 14 minit perlawanan berlangsung, gawang malaysia dibolosi buat kali pertama . Aku berasa hampa dengan jaringan itu, Pemain tidak di kawal dengan baik oleh bahagian pertahanan. Yang aku paling tak suka dan rasanya benda nie dah selalu dilakukan adalah apabila penjaga gol dan pertahanan malaysia selalu menyaksikan linesman untuk mendapatkan outside ? Kenapa jadi begini ? Adakah jurulatih mereka tidak mengajar yang apabila kita tumpukan perhatian kepada keputusan pengadil , maka tumpuan pada perlawanan akan hilang . Aku cukup bengang kerana perkara ini sering dilakukan oleh pertahanan malaysia , mungkin itu adalah salah satu faktor kelemahan bahagian pertahanan. Biar la pengadil menjalankan kerja mereka dan anda tumpukan pemainan anda, jangan berharapkan nasib berada sentiasa . Kerana pengadil itu juga manusia dan memungkin kan mereka melakukan kesilapan. Selagi pengadil tak tiup terus la bermain , tak perlu angkat tangan ke kaki ke nak tunjukkan kepada pengadil . Biar pengadil buat kerja mereka susah kee ?

Perlawanan semakin hambar, pemain malaysia tidak menunjukan sebarang peningkatan dari dulu. Semangat mereka cepat pudar setelah ketinggalan 1-0. Ini lah cara pemain kita , Bersemangat Pada awal pelawanan , namun semangat itu akan hilang tipa-tiba jee . Bahagian serangan dan tengah banyak membazirkan bola denga hantaran yang tanpa tujuan dan ada kalanya apa bila pemain memegang bola, pemain lain kepanyakan tidak membaca dan dan bersedia akan menerima bola tanpa di duga. Banyak bola yang terlepas atas kesilapan lambat bertindak ataupun bila di beri pada kawan, mereka tidak benar-benar bersedia. Pemain sering berselisih ini membuktikan mereka langsung tidak membaca peminan pemain negara yang lain. Bukan pada perlawanan ini sahaja , malah perkara ini sering berlaku pada pemain malaysia.

Separuh masa kedua yang aku harap perubahan akan berlaku , namun itu tak menjadi kenyataan , sikap longlai dan tidak sentiasa bersedia .Sikap begini memang sukar untuk di hakis , dan sikap terlalu berharap pada pengadil adalah amat menunjukan mereka ini tidak profisonal dalam pemainan mereka. Jarang kita lihat pemain yang bertaraf dunia melihat pengadil dahulu apa bila di serang ? namun selepas serangan barulah mereka membantah keputusan pengadil.

Kemasukan Indra putra mengubah sedikit sebanyak corak serangan malaysia, pemainan ini nampak lebih bersedia dan bersemangan . Di samping dapat membaca pemainan kawan, mungkin pemain ini tidak begitu menyerlah pada kejohanan piala malaysia dan liga, namun jika bermain untuk pasukan negara , cara pemainannya adalah berguna untuk memajukan bola sepak malaysia. Jika semua pemain boleh berfikir dan bermain sebegini , rasanya keputusan akan lebih baik .

Bukan lah kami penyokong mengharap kan kemenangan semata-mata, namun jika semangat juang yang tinggi ditunjukan dan mutu pemainan yang baik , Kami akan berpuas hati. Tetapi jika cara begini permainan mereka , Bukan aku sahaja malah semua peminat dan penyokong malaysia akan marah dan meluat dengan cara begini yang tak pernah berubah. Peruntukan dah diberi, sokongan pun telah kami bagi. Apa lagi yang mereka perlu sebenarnya ?

Adakah anda pemain dan FAM akan terus mengecewakan kami ? kami peninat yang sentiasa menanti perubahan pada pasukan malaysia dan sentiasa memberi sokongan . Dan bersikap petrotik . Tetapi pemain malaysia nampaknya langsung tak menunjukan sikap sebegini. Apabila lagu negara di nyanyikan langsung tak ada sikap semangat ditunjukan . Jika dilihat pada negara lain , mereka meletakan tangan di dada menunjukan mereka akan bermain bersunguh-sunguh dan bermati-matian untuk negara mereka , Adakah pemain negara berbuat begitu ? ..

Dan akhir kata buat Jurulatih , Pemain dan FAM .Anda dah diberi tangungjawab maka laksanakan lah tangungjawab anda sebaik nya. Anda memangil kami untuk menyokong dan memberi semangat sedangkan anda sendiri tidak menunjukan semangat itu. Jika begini lah sikap yang ditunjukan , sampai bila-bila pun bola sepak malaysia akan di takuk lama. Pasukan Asia tenggara lain telah membuktikan kemampuan mereka Tetapi malaysia masih di takuk lama. Kita pernah menewaskan thailand dan thailand mampu menewaskan Jepon .Adakah kita tidak berkempuan ? atau itu semua alasan semata-mata.

Dari Peminat Yang Kecewa ....



Dalam kenangan Supermokh ...

1 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong ...mmg macam $ial jee :(

endon leh menang thai boleh seri , vatenam pun boleh menyerlah ...malaysia macam kayu